Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya 2012

by Daniel Chiam from The Writer Wannabe


Photo source: jengae

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pengunjung setia room8five! Maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa atau tersilap kata sehingga menyinggung perasaan, jiwa dan kalbu pembaca. Jikalau susunan 10 jari tangan tidak mencukupi, terimalah juga susunan 10 jari kaki untuk memohan maaf :D

Kepada yang tidak berjaya untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan, janganlah bersedih. Godaan di bulan puasa memang hebat tak tersangka. Asyik kedengaran bisikan "Yusuf Taiyoob" di corong-corong radio, dan aku baru dapat tahu yang Yusuf Taiyoob ni pengedar buah kurma dekat Malaysia :D

Apa-apa pun, selamat kembali ke kampung halaman. Hargailah masa bersama keluarga tersayang. Janganlah berdendam dengan perkara yang sudah. Maafkanlah sesama sendiri dan bertawakallah untuk kebahagian bersama. 

Kepada yang tak dapat balik kampung untuk bersama ahli keluarga dan kawan-kawan yang lain (macam aku ni), janganlah lupa untuk telefon kat mak dan abah untuk memohon maaf. Bagilah janji-janji untuk menjadi anak yang baik dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang berjaya, atau kepada yang dah bekerja tu, kirim-kirimkanlah duit untuk meringankan beban keluarga. Jangan setakat bagi janji kosong tau! Kenalah betul-betul berusaha demi keluarga, bangsa dan negara; bukankah slogan merdeka tahun ni 'Janji Ditepati'? Haha.

Jangan makan banyak sangat ketupat, rendang dah kuih raya tu. Kesihatan harus dijaga, takut makan banyak sangat nanti tercekiklah pula - tragedi raya yang tidak diduga... Selamat menjamu selera, selamat berbahagia ke anak cucu, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

Photos source: Google Image

"Seize the day, Caper Diem"

2 comments:

Thank you for sharing your thoughts in room8five.

Instagram: room8five